BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, October 15, 2009

Wish vs Renault vs Ferrari


Wish The Best

Ferrari and Renault

Wednesday, October 14, 2009

Teknik Menjawab Soalan Matematik SPM2009


Pada 13 Okt 2009, hari Selasa bertempat di Dewan Semarak Budi SM Teknik Kerian Bagan Serai Perak, Panitia Matematik telah mengadakan Teknik Menjawab Soalan Matematik Kertas 2 selama 2jam ( 3.00pm-5.00pm ). Penceramah jemputan En. Jailani b. Shariff dari SMK Bagan Serai merupakan Guru Cemerlang yang berpengalaman dan pemeriksa kertas SPM.

Teknik Menjawab Soalan Matematik ini dikhususkan untuk murid-murid aliran vokasional dari kursus Amalan Bengkel Mekanikal dan Kimpalan Fabrikasi Logam. Seramai 102 orang murid hadir dalam program ini. Mereka juga dibekalkan dengan fail, kertas A4, kertas graf dan pen.
Gambar atas menunjukkan murid begitu bersungguh-sungguh menjawab soalan yang diberikan walaupun menggunakan kerusi sebagai meja. Syabas.

Edman menggunakan 3 lapis kerusi untuk keselesaan beliau mengikuti bengkel yang diadakan, sambil Khalithasan dan Aaron memandang serius ke arah En. Jailani. Di akhir program, murid menikmati jamuan di kantin. Di ruangan ini pihak sekolah ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga kepada En.Jailani yang sudi meluangkan masa hadir ke program ini. Tahniah juga kepada semua murid yang hadir, semoga anda semua berjaya dalam SPM 2009, InsyaAllah.

Thursday, October 8, 2009

Pokok Paling Besar Di Dunia


Sherman Tree merupakan pokok terbesar di dunia yang terletak di Sequoia National Park California. Patutlah mamat ni termenung..mungkin dia sedang mengira ukur lilit dan ketinggian pokok ni kut. Takpelah, nanti aku cuba cari.

Wednesday, October 7, 2009

Jam Matematik

Apakah nilai nombor-nombor di atas? Bawa keluar kalkulator, cuba kira. Selamat Mengira.

Tuesday, September 22, 2009

10 Pemain Termahal Dunia

1. Cristiano Ronaldo : Man. United to Real Madrid
2. Zinadine Zidane : Juventus to Real Madrid
3. Kaka : AC Milan to Real Madrid
4. Luis Figo : Barcelona to Real Madrid
5. Hernan Crespo : Parma to Lazio
6. Christian Vieri : Lazio to Inter Milan
7. Rio Ferdinand : Leeds United to Man. United
8. Gaizka Mendieta : Valencia to Lazio
9. Ronaldo : Inter Milan to Real Madrid
10. Rui Costa : Fiorentina to AC Milan
Kalaulah depa ni sambut Hari Raya, berapalah duit raya anak-anak buah depa dapat..

Friday, September 18, 2009

Selamat Hari Raya Buat Semua Blogger

Tahun ni raya kat Tapah, rumah arwah opah dan atuk aku. Raya ketiga baru balik Taiping, yang pastinya aku tak balik Pangkor hehe... Raya ketujuh baru balik Bagan Serai. 3 tahun yang lalu, aku masih ingat lagi, ada geng budak-budak datang beraya kat rumah aku, masa tu aku tengah relax kat bilik, budak tu pun bagi salam, tiba-tiba salah seorang budak tu berkata " Eh, silap rumah la, ni rumah cina.." tak sempat aku keluar, budak-budak tu dah hilang, rupanya dia orang nampak bapak mertua aku dan adik ipar aku kat pintu..fuh selamat duit raya hehe..

X - SEED 4000


Rekabentuk oleh Taisei Construction Corporation. Bangunan yang diberi nama X - SEED 4000 kerana ketinggiannya 4000m ( 13123 kaki ) melebihi ketinggian Gunung Fuji 3776m ( 12388kaki). Bangunan ini dibangunkan di Tokyo, Jepun dengan strukturnya menyerupai sebuah gunung yang mempunyai kaki dengan luas 6km persegi. Bangunan ini akan didiami oleh 500000 - 1000000 penduduk dengan nyaman kerana X - SEED 4000 dirancang dengan memelihara kestabilan cahaya, suhu dan tekanan udara.

Kisah Asal Usul Perkataan Ubat


Semasa Melaka dijajah Portugis, Hang Nadim telah bekerja sebagai penjaga kaunter klinik untuk askar-askar Portugis. Pada hari pertama dia bekerja tidaklah dia tahu apakah yang perlu di sebut di deretan botol-botol di rak almari. Dia pun bertanya kepada Doktor yang bertugas. "Sir, air dalam botol-botol ni saya nak panggil apa?" tanya Hang Nadim. Semasa Hang Nadim bertanya, doktor omputih itu tengah membuka sebuah botol lama untuk mengenalpasti apa isi kandungannya. Lalu terkeluarlah bau-bauan yang busuk dan membuatkan doktor omputih tu berkata " Uhhh...bad...". Hang Nadim pun mengangguk sambil berkata "ooo..ubat".

Wednesday, September 16, 2009

Peribahasa Bersama Fnd Part II


1. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula makanan di dalam mulut.
2. Harapkan pagar, pagar tidak boleh diharap.
3. Alang-alang mandi, biar guna sabun.
4. Berapa berat mata memandang, berat lagi seguni beras.
5. Cubit peha kanan, peha kiri tak rasa apa-apa pun.
6. Diam-diam ubi berisi, diam-diam orang...bisu.
7. Hidup segan, mati ditanam.
8. Ikut hati mati, ikut rasa merasa.
9. Lembu punya susu, cap teko dapat nama.
10. Sehari selambar benang, lama-lama benang habis.
Buku di atas sekadar hiasan.

Tuesday, September 15, 2009

10 Bangunan Tertinggi Di Dunia


Bangunan tertinggi di dunia termasuk yang dah hilang dan tak termasuk Burj Mubarak Al-Kabir di Kuwait ( gambar bawah ) yang ketinggiannya mencecah 1001m.
1. Burj Dubai di Dubai - 800m siap 2008
2. Freedom Tower di New York - 541m siap 2009
3. Taipei 101 di Taiwan - 509m siap 2004
4. Shanghai World Finance Center di China - 492m siap 2007
5. Petronas Tower di Malaysia - 452m siap 1998
6. Sears Tower di Chicago - 442m siap 1974
7. Jin Mao Tower di China - 421m siap 1999
8. World Trade Center di New York - 417m siap 1972
9. Two International Finance Center di Hong Kong - 415m siap 2003
10. Empire State Building di New York - 381m siap 1931