BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, September 2, 2009

Foto CCTV Dewan Semarak Budi !


Ada 2 cikgu dalam foto ni, cuba teka di mana dia, dan siapa dia? Foto cctv ini di ambil ketika peperiksaan percubaan SPM 2009 kertas 1 sejarah pada pukul 12.52 hingga 1.52 petang tadi di Dewan Semarak Budi.
To students Good luck for your exam, buat cikgu-cikgu sejarah lepas ni boleh tebuk lubang tanda kertas objektif hehe...

Perlawanan Bola Sepak Terhebat

Kapten Biru: Ni ramai-ramai ni penyokong ke pemain ?
Kapten Kuning: Orang kampung aku semua nak main, kami guna sistem 400-300-300. Amacam...boleh kita start?
Kapten Biru: Nak start mcm mana...Aku tak nampak padang dah..aku nampak kuning aje ni...
Keeper Biru: Kalau mcm ni punya main, Real Madrid + Barcelona + Inter Milan + AC Milan + Man. United + Chelsea pun belum tentu menang lagi ni....

Saturday, August 29, 2009

Unsangkarable Wall

Apa ke halnya...dengan benteng pasukan Argentina ni...
Veronica: Janganlah...
Batistuna: Tak mau...tak mau la woi...
Ayalah: Bagilah kami pi shopping dulu..
Zanetti: Kan i dah kata jangan singgah padang, kan dah kena..
Simona: Fuhh...kalau kena ni mau tumbang i.

Wednesday, August 26, 2009

Fnd di USM P.Pinang

Fnd di mana? Fnd di tepi.. Gambar ni diambil di Hotel Bayview, Penang semasa tahun akhir aku dalam jurusan Sains dengan Pendidikan (Matematik). Masa ni Majlis Makan Malam KUSISDARI ( Kump. Siswa siswi Perak Darul Ridzuan ) USM tahun 1999. Dah 10 tahun rupanya, sebenarnya aku pun tak tahu macam mana dia orang ni boleh lantik aku jadi YDP, mungkin sebab aku paling tua semasa tahun ni kut. Anyway terima kasih banyak-banyak atas komitmen semua exco-exco KUSISDARI tahun 98/99 dan terima kasih juga sebab bagi aku banyak pengalaman dan pembelajaran menjadi ketua. Bukan senang jadi ketua ni. Banyak tanggung dan banyak jawab. Akhir kata hang pa semua memang best.

Tuesday, August 25, 2009

Fnd di ITM Jengka

Fnd di mana? Fnd di belakang la..Gambar ni diambil semasa aku di Semester 1 Diploma Sains Gunaan di ITM Jengka, Pahang (1994). Lokasi pengambaran dalam kelas tutorial bersama pensyarah Bahasa Inggeris. Kawan-kawan aku ni datang dari merata negeri dalam Malaysia. Bagi aku, inilah tempat belajar paling best sepanjang hidup aku, terima kasih semua.

Monday, August 24, 2009

Fnd di SM Buyong Adil

Fnd di mana? Fnd dah dapat duduk. Gambar ni di ambil semasa aku di tingkatan 5 Sc2 (1993) SM Buyong Adil, Tapah. Cikgu kelas aku Pn. Lee Soo Hoon. Dia ajar aku biologi, terima kasih cikgu. Lokasi pengambaran di padang sekolah.
Kelas aku ni unik, sebab ada banyak 2. Ada awek kembar seiras, ada pengawas perempuan 2, ada Indian girls 2, ada Chinese girls 2, Ketua kelas dengan penolong pulak adalah saudara mara, tapi satu aje yang banyak, pelajar lelakinya hensem-hensem belaka hehe...

Saturday, August 22, 2009

Fnd di SM Muzaffar Shah

Fnd di mana? Fnd di belakang, cuba cari. Gambar ni diambil ketika aku di tingkatan 2C1(1990) kelas pertanian di SM Muzaffar Shah Simpang4, Semanggol, Perak. Nama cikgu kelas aku En. Khor Leng Huat. Dia ajar aku English, terima kasih cikgu. Lokasi pengambaran di tapak perhimpunan.
Pada awal tahun, budak-budak kelas aku lantik aku jadi ketua kelas, susah hati betul, tapi tak lama, akhirnya... dapat jugak aku letak jawatan hehe.., lega tak terkata. Bila tengok dalam majalah sekolah, baru aku tau rupanya kelas aku aje yang ketua dan penolongnya adalah perempuan, nama aje kelas pertanian.

Friday, August 21, 2009

Salam Ramadhan 1430H

Selamat menaiki penerbangan RAMADHAN AIR, bernombor 1430H dengan tujuan IDHUL FITRI... Kita akan terbang dengan ketinggian 30/30 hari ke atas permukaan haus dan lapar... Para penumpang diwajibkan untuk memasang niat PUASA dan menegakkan kursi SOLAT... Penerbangan ini bebas asap PERSELISIHAN... Saya fnd selaku anak kapal yang bertugas mengucapkan SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA...MOHON MAAF DIPINTA.

Fnd di SRK Matang Buluh

Fnd di mana? Cuba cari. Gambar ni diambil ketika aku berada di darjah 3 merah ( 1985) SRK Jalan Matang Buluh, Bagan Serai, Perak. Nama cikgu kelas aku Pn. Norhayati, hampir semua subjek kat kelas aku dia yang ajar, terima kasih cikgu. Lokasi pengambaran ni ialah tempat favorite aku main toi. Hang pa semua memang best...

Thursday, August 20, 2009

T-Shirt Arsenal Baru

Penyerang the Gunners, Eduardo Da Silva mempromosikan t-shirt baru Arsenal, Kings of London. Berkenan betul dengan warna hitam tu..