BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, August 18, 2009

Jom Kira Segitiga

Mari menguji kecekapan mata anda. Cuba kira berapa banyakkah segitiga dalam gambarajah di atas.
Jawapan : gatu

Monday, August 17, 2009

Dalam Bendera Ada Ayam

Kalau anda bijak bistari, bendera negara apakah ini? Negara ni terletak di benua Afrika. Mendapat kemerdekaan dari UK pada 9 Oktober 1962. Ibu negaranya Kampala.
Jawapan: adnagu

Kereta Idaman Perempuan

Buat kaum perempuan yang kaki shopping, inilah kereta yang paling sesuai untuk anda. Namanya FatherTroly.
Kekuatan: Boleh bawa banyak barang.
Kelemahan: Tak boleh bawa ke pasar malam.

Saturday, August 15, 2009

Optimus Prime Sertai Arsenal

Optimus Prime telah bersetuju menyarung jersi Arsenal untuk musim baru BPL 09/10 yang akan bermula pada 15 Ogos ini. Dalam sidang akhbar tersebut Optimus yakin The Gunners akan rollout!! Saksikan aksi pertama Arsenal bertemu Everton di Goodison Park pada 16 Ogos jam 12.30pg waktu Malaysia di Astro ESPN.

Thursday, August 13, 2009

Kapal Terbang Tanpa Juruterbang

Juruterbang 4K1 Mohamad Firdaus Sabri sedang berlepas sambil diperhatikan bersungguh - sungguh oleh juruterbang senior. Pertandingan Kapal Terbang Kertas ini bersempena Karnival PPSMI SM Teknik Kerian yang diadakan pada 13 Ogos 2009 jam 4 petang. Berikut adalah keputusan pertandingan;

Tempat Pertama : Mohamad Helmi b. Mat Aris ( 5KM1) catatan masa 18.36s.
Tempat Kedua : Rashdan b. Roshdi ( 5Kfl3) catatan masa 14.23s.
Tempat Ketiga : Mohamad Sallehuddin b. Mustapa ( 5Abm2) catatan masa 9.37s.

Tahniah kepada semua juruterbang yang terlibat. Tahun depan terbang lagi.

Tuesday, August 11, 2009

Fendyprime Autobot


I'm FENDYPRIME autobot. Look into my eye, you can see who am i....I know who are you...I wish you Salam Ramadhan 1430H. See you again. Autobot Rollout!

Monday, August 10, 2009

Kem Rakan Muda Cinta Alam





Pada 31 Julai - 2 Ogos yang lalu, ahli Bulan Sabit Merah dan Kadet Pertahanan Awam SM Teknik Kerian telah mengadakan Kem Rakan Muda Cinta Alam bertempat di Kiara Resort, Kg Pulau Sayak, Kota Kuala Muda, Kedah. Banyak aktiviti yang telah diadakan iaitu;
- Ceramah Pertolongan Cemas (CPR) oleh Jab. Pertahanan Awam.
- Ceramah Pertolongan Cemas (Balutan) oleh Bulan Sabit Merah cabang Kerian.
- Explorace
- Melukis Poster
- Persembahan Drama
- BBQ
Terima Kasih kepada Pengetua SMTK, Pen.Kanan Koko SMTK, guru-guru pengiring En Ahmad, En Aziz, En Ridzuan, Pn Alysha Chai, Cik Fasihah,Cik Russilavati, pihak JPA, pihak BSMM dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kem ini. Semoga kem ini akan menjadi aktiviti tahunan pada masa akan datang.

Pelajar Bertopeng





Demi ilmu, pelajar kelas 5 kfl 2 SM Teknik Kerian ini terpaksa menggunakan Mask untuk hadir ke sekolah. Moga menjadi ikutan kawan-kawan yang lain.

Sunday, August 9, 2009

Toyota Wish versi Transformers

Kalaulah ada jual kereta jadi robot macam ni...comform wujud satu lagi parti PKR kat Malaysia ni Parti Kereta Robot.

Emirates Cup Champion 09/10


Arsenal telah menjuarai Piala Emirates 2009 pada 1 - 2 Ogos yang lalu menjelang bermulanya musim baru. Satu permulaan yang baik bagi the young guns,berikut adalah keputusan perlawanan;
Arsenal vs Atletico Madrid 2 - 1
Arsenal vs Rangers 3 - 0