BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, September 22, 2009

10 Pemain Termahal Dunia

1. Cristiano Ronaldo : Man. United to Real Madrid
2. Zinadine Zidane : Juventus to Real Madrid
3. Kaka : AC Milan to Real Madrid
4. Luis Figo : Barcelona to Real Madrid
5. Hernan Crespo : Parma to Lazio
6. Christian Vieri : Lazio to Inter Milan
7. Rio Ferdinand : Leeds United to Man. United
8. Gaizka Mendieta : Valencia to Lazio
9. Ronaldo : Inter Milan to Real Madrid
10. Rui Costa : Fiorentina to AC Milan
Kalaulah depa ni sambut Hari Raya, berapalah duit raya anak-anak buah depa dapat..

Friday, September 18, 2009

Selamat Hari Raya Buat Semua Blogger

Tahun ni raya kat Tapah, rumah arwah opah dan atuk aku. Raya ketiga baru balik Taiping, yang pastinya aku tak balik Pangkor hehe... Raya ketujuh baru balik Bagan Serai. 3 tahun yang lalu, aku masih ingat lagi, ada geng budak-budak datang beraya kat rumah aku, masa tu aku tengah relax kat bilik, budak tu pun bagi salam, tiba-tiba salah seorang budak tu berkata " Eh, silap rumah la, ni rumah cina.." tak sempat aku keluar, budak-budak tu dah hilang, rupanya dia orang nampak bapak mertua aku dan adik ipar aku kat pintu..fuh selamat duit raya hehe..

X - SEED 4000


Rekabentuk oleh Taisei Construction Corporation. Bangunan yang diberi nama X - SEED 4000 kerana ketinggiannya 4000m ( 13123 kaki ) melebihi ketinggian Gunung Fuji 3776m ( 12388kaki). Bangunan ini dibangunkan di Tokyo, Jepun dengan strukturnya menyerupai sebuah gunung yang mempunyai kaki dengan luas 6km persegi. Bangunan ini akan didiami oleh 500000 - 1000000 penduduk dengan nyaman kerana X - SEED 4000 dirancang dengan memelihara kestabilan cahaya, suhu dan tekanan udara.

Kisah Asal Usul Perkataan Ubat


Semasa Melaka dijajah Portugis, Hang Nadim telah bekerja sebagai penjaga kaunter klinik untuk askar-askar Portugis. Pada hari pertama dia bekerja tidaklah dia tahu apakah yang perlu di sebut di deretan botol-botol di rak almari. Dia pun bertanya kepada Doktor yang bertugas. "Sir, air dalam botol-botol ni saya nak panggil apa?" tanya Hang Nadim. Semasa Hang Nadim bertanya, doktor omputih itu tengah membuka sebuah botol lama untuk mengenalpasti apa isi kandungannya. Lalu terkeluarlah bau-bauan yang busuk dan membuatkan doktor omputih tu berkata " Uhhh...bad...". Hang Nadim pun mengangguk sambil berkata "ooo..ubat".

Wednesday, September 16, 2009

Peribahasa Bersama Fnd Part II


1. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula makanan di dalam mulut.
2. Harapkan pagar, pagar tidak boleh diharap.
3. Alang-alang mandi, biar guna sabun.
4. Berapa berat mata memandang, berat lagi seguni beras.
5. Cubit peha kanan, peha kiri tak rasa apa-apa pun.
6. Diam-diam ubi berisi, diam-diam orang...bisu.
7. Hidup segan, mati ditanam.
8. Ikut hati mati, ikut rasa merasa.
9. Lembu punya susu, cap teko dapat nama.
10. Sehari selambar benang, lama-lama benang habis.
Buku di atas sekadar hiasan.

Tuesday, September 15, 2009

10 Bangunan Tertinggi Di Dunia


Bangunan tertinggi di dunia termasuk yang dah hilang dan tak termasuk Burj Mubarak Al-Kabir di Kuwait ( gambar bawah ) yang ketinggiannya mencecah 1001m.
1. Burj Dubai di Dubai - 800m siap 2008
2. Freedom Tower di New York - 541m siap 2009
3. Taipei 101 di Taiwan - 509m siap 2004
4. Shanghai World Finance Center di China - 492m siap 2007
5. Petronas Tower di Malaysia - 452m siap 1998
6. Sears Tower di Chicago - 442m siap 1974
7. Jin Mao Tower di China - 421m siap 1999
8. World Trade Center di New York - 417m siap 1972
9. Two International Finance Center di Hong Kong - 415m siap 2003
10. Empire State Building di New York - 381m siap 1931

Monday, September 14, 2009

Peribahasa Bersama Fnd Part I

1. Ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke bawah.
2. Tak lapuk dek hujan, tak lekang macam rambutan.
3. Tiada rotan, pelempang berguna juga.
4. Biar lambat, asalkan tak cepat.
5. Biar putih tulang, jangan kuning gigi.
6. Di mana ada gula, di situ ada gula-gula.
7. Kalah jadi abu, menang jadi arang, seri jadi abu bakar.
8. Carik-carik bulu ayam, lama-lama jadi shuttlecock.
9. Secupak takkan jadi 18 cupak.
10. Gajah mati meninggalkan gading, udang harimau mati meninggalkan kulit, manusia mati meninggal dunia.
Buku di atas sekadar hiasan...

Sunday, September 13, 2009

3 Jambatan Terpanjang Di dunia


3. King Fahd Causeway, Bahrain

2. Donghai Bridge, China

1. Lake Pontchartrain Causeway, Southern Louisiana

Untuk pengetahuan, Jambatan Pulau Pinang ialah jambatan yang ke 6 terpanjang di dunia.

Thursday, September 10, 2009

Jom Hijaukan Bumi !


Kalau nak bela gajah, buatlah macam ni, tak payah bagi makan banyak-banyak, cuma kena sedia gunting besar aje. Kalau halaman rumah besar, kita buat aje T-rex dua tiga ekor.

Wednesday, September 9, 2009

Jalan Raya Paling Bahaya di Dunia


Agak-agak kawan-kawan lah, jalan raya ni ada kat negara mana? Gambar ni dikirim oleh kawan aku Senderos kat Switzerland, sebab itu Switzerland dikenali sebagai 'Beauty but Danger'. Tahun depan bolehlah kita buat merentas desa kat sini.

Tuesday, September 8, 2009

Kawan dari Vietnam lagi !

Banyak betul kawan-kawan dari Vietnam ni, Aku tak tau la kalau kawan aku sanggup tolong aku pindah rumah macam kat atas tu, comform dapat, dapat maki. Kat Perak dulu kecoh isu Camry, kat sana YB pakai bontot Camry aje. Laju betul mamat ni bawa motor, tapi tak jatuh pulak besen atas kepala tu, hebat.

Monday, September 7, 2009

Kawan dari Vietnam

Ya..Fnd muncul kembali, setelah 2 hari bertapa marking paper..akhirnya analisis akan tiba esok hehe.. Hari ini kita layan kawan-kawan dari Vietnam. Aku tak dapat bayangkan kalau ada kawan-kawan aku kat sini yang buat macam ni. Anyway depa ni memang guna semaksimum mungkin motor kapcai ni untuk kemudahan hidup, walaupun bahaya. Bagaimana dengan kita?
Kalau ada 3 orang kawan dari 1 taman, naik 1 motor, ke 1 tempat kerja pun belum tentu sanggup. ( Boleh bayang aku,naz dengan zan naik moto zan pi keje fuhh...ngeri betul ).

Friday, September 4, 2009

Protonbots ganti Autobot

Untuk bersaing dengan pengeluar-pengeluar kereta seperti Toyota, Honda, BMW dan Mercedes. Proton akan menghasilkan Protonbots bagi model Waja dan Savvy. Myvi belum lagi. Tempahan boleh dibuat secara online di www.manamungkin.com.my

Wednesday, September 2, 2009

Foto CCTV Dewan Semarak Budi !


Ada 2 cikgu dalam foto ni, cuba teka di mana dia, dan siapa dia? Foto cctv ini di ambil ketika peperiksaan percubaan SPM 2009 kertas 1 sejarah pada pukul 12.52 hingga 1.52 petang tadi di Dewan Semarak Budi.
To students Good luck for your exam, buat cikgu-cikgu sejarah lepas ni boleh tebuk lubang tanda kertas objektif hehe...

Perlawanan Bola Sepak Terhebat

Kapten Biru: Ni ramai-ramai ni penyokong ke pemain ?
Kapten Kuning: Orang kampung aku semua nak main, kami guna sistem 400-300-300. Amacam...boleh kita start?
Kapten Biru: Nak start mcm mana...Aku tak nampak padang dah..aku nampak kuning aje ni...
Keeper Biru: Kalau mcm ni punya main, Real Madrid + Barcelona + Inter Milan + AC Milan + Man. United + Chelsea pun belum tentu menang lagi ni....