Saturday, August 29, 2009
Wednesday, August 26, 2009
Fnd di USM P.Pinang
Fnd di mana? Fnd di tepi.. Gambar ni diambil di Hotel Bayview, Penang semasa tahun akhir aku dalam jurusan Sains dengan Pendidikan (Matematik). Masa ni Majlis Makan Malam KUSISDARI ( Kump. Siswa siswi Perak Darul Ridzuan ) USM tahun 1999. Dah 10 tahun rupanya, sebenarnya aku pun tak tahu macam mana dia orang ni boleh lantik aku jadi YDP, mungkin sebab aku paling tua semasa tahun ni kut. Anyway terima kasih banyak-banyak atas komitmen semua exco-exco KUSISDARI tahun 98/99 dan terima kasih juga sebab bagi aku banyak pengalaman dan pembelajaran menjadi ketua. Bukan senang jadi ketua ni. Banyak tanggung dan banyak jawab. Akhir kata hang pa semua memang best.Posted by fnd at 3:44 PM 0 comments
Labels: Memorial
Tuesday, August 25, 2009
Fnd di ITM Jengka
Fnd di mana? Fnd di belakang la..Gambar ni diambil semasa aku di Semester 1 Diploma Sains Gunaan di ITM Jengka, Pahang (1994). Lokasi pengambaran dalam kelas tutorial bersama pensyarah Bahasa Inggeris. Kawan-kawan aku ni datang dari merata negeri dalam Malaysia. Bagi aku, inilah tempat belajar paling best sepanjang hidup aku, terima kasih semua.Posted by fnd at 8:07 PM 0 comments
Labels: Memorial
Monday, August 24, 2009
Fnd di SM Buyong Adil
Fnd di mana? Fnd dah dapat duduk. Gambar ni di ambil semasa aku di tingkatan 5 Sc2 (1993) SM Buyong Adil, Tapah. Cikgu kelas aku Pn. Lee Soo Hoon. Dia ajar aku biologi, terima kasih cikgu. Lokasi pengambaran di padang sekolah.Kelas aku ni unik, sebab ada banyak 2. Ada awek kembar seiras, ada pengawas perempuan 2, ada Indian girls 2, ada Chinese girls 2, Ketua kelas dengan penolong pulak adalah saudara mara, tapi satu aje yang banyak, pelajar lelakinya hensem-hensem belaka hehe...
Posted by fnd at 11:23 AM 0 comments
Labels: Memorial
Saturday, August 22, 2009
Fnd di SM Muzaffar Shah
Fnd di mana? Fnd di belakang, cuba cari. Gambar ni diambil ketika aku di tingkatan 2C1(1990) kelas pertanian di SM Muzaffar Shah Simpang4, Semanggol, Perak. Nama cikgu kelas aku En. Khor Leng Huat. Dia ajar aku English, terima kasih cikgu. Lokasi pengambaran di tapak perhimpunan.Pada awal tahun, budak-budak kelas aku lantik aku jadi ketua kelas, susah hati betul, tapi tak lama, akhirnya... dapat jugak aku letak jawatan hehe.., lega tak terkata. Bila tengok dalam majalah sekolah, baru aku tau rupanya kelas aku aje yang ketua dan penolongnya adalah perempuan, nama aje kelas pertanian.
Posted by fnd at 1:43 PM 0 comments
Labels: Memorial
Friday, August 21, 2009
Salam Ramadhan 1430H
Selamat menaiki penerbangan RAMADHAN AIR, bernombor 1430H dengan tujuan IDHUL FITRI... Kita akan terbang dengan ketinggian 30/30 hari ke atas permukaan haus dan lapar... Para penumpang diwajibkan untuk memasang niat PUASA dan menegakkan kursi SOLAT... Penerbangan ini bebas asap PERSELISIHAN... Saya fnd selaku anak kapal yang bertugas mengucapkan SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA...MOHON MAAF DIPINTA.Posted by fnd at 10:45 PM 0 comments
Labels: Aku
Fnd di SRK Matang Buluh
Fnd di mana? Cuba cari. Gambar ni diambil ketika aku berada di darjah 3 merah ( 1985) SRK Jalan Matang Buluh, Bagan Serai, Perak. Nama cikgu kelas aku Pn. Norhayati, hampir semua subjek kat kelas aku dia yang ajar, terima kasih cikgu. Lokasi pengambaran ni ialah tempat favorite aku main toi. Hang pa semua memang best...
Posted by fnd at 12:27 AM 0 comments
Labels: Memorial
Thursday, August 20, 2009
T-Shirt Arsenal Baru
Penyerang the Gunners, Eduardo Da Silva mempromosikan t-shirt baru Arsenal, Kings of London. Berkenan betul dengan warna hitam tu..
Posted by fnd at 9:37 PM 0 comments
Labels: arsenal fan
Tuesday, August 18, 2009
Monday, August 17, 2009
Kereta Idaman Perempuan
Buat kaum perempuan yang kaki shopping, inilah kereta yang paling sesuai untuk anda. Namanya FatherTroly.
Kekuatan: Boleh bawa banyak barang.
Kelemahan: Tak boleh bawa ke pasar malam.
Posted by fnd at 10:52 PM 0 comments
Labels: Amazing Picture
Saturday, August 15, 2009
Optimus Prime Sertai Arsenal
Optimus Prime telah bersetuju menyarung jersi Arsenal untuk musim baru BPL 09/10 yang akan bermula pada 15 Ogos ini. Dalam sidang akhbar tersebut Optimus yakin The Gunners akan rollout!! Saksikan aksi pertama Arsenal bertemu Everton di Goodison Park pada 16 Ogos jam 12.30pg waktu Malaysia di Astro ESPN.Posted by fnd at 12:31 AM 0 comments
Labels: arsenal fan
Thursday, August 13, 2009
Kapal Terbang Tanpa Juruterbang
Tempat Kedua : Rashdan b. Roshdi ( 5Kfl3) catatan masa 14.23s.
Tempat Ketiga : Mohamad Sallehuddin b. Mustapa ( 5Abm2) catatan masa 9.37s.
Tahniah kepada semua juruterbang yang terlibat. Tahun depan terbang lagi.
Posted by fnd at 11:54 PM 0 comments
Labels: Smtk
Tuesday, August 11, 2009
Fendyprime Autobot
Posted by fnd at 10:09 PM 0 comments
Labels: Aku
Monday, August 10, 2009
Kem Rakan Muda Cinta Alam
- Ceramah Pertolongan Cemas (Balutan) oleh Bulan Sabit Merah cabang Kerian.
- Explorace
- Melukis Poster
- Persembahan Drama
- BBQ
Posted by fnd at 11:28 AM 0 comments
Labels: Smtk
Pelajar Bertopeng
Demi ilmu, pelajar kelas 5 kfl 2 SM Teknik Kerian ini terpaksa menggunakan Mask untuk hadir ke sekolah. Moga menjadi ikutan kawan-kawan yang lain.
Posted by fnd at 11:06 AM 0 comments
Labels: Smtk
Sunday, August 9, 2009
Toyota Wish versi Transformers
Kalaulah ada jual kereta jadi robot macam ni...comform wujud satu lagi parti PKR kat Malaysia ni Parti Kereta Robot.
Posted by fnd at 6:26 PM 0 comments
Labels: Aku
Emirates Cup Champion 09/10

Arsenal telah menjuarai Piala Emirates 2009 pada 1 - 2 Ogos yang lalu menjelang bermulanya musim baru. Satu permulaan yang baik bagi the young guns,berikut adalah keputusan perlawanan;
Arsenal vs Atletico Madrid 2 - 1
Arsenal vs Rangers 3 - 0
Posted by fnd at 12:37 PM 0 comments
Labels: arsenal fan








